Kesinambungan Pitch Perfect

Pitch Perfect 2 (2015)

Rencana utama: Pitch Perfect 2

Pada Disember 2012, Skylar Astin mendedahkan beliau dan Rebel Wilson telah mengadakan perjumpaan dengan Universal mengenai kesinambungan filem itu.[32]

Pada April 2013, telah diumumkan yang kesinambungan filem itu akan ditayangkan pada 2015.[33] Elizabeth Banks akan mengarahkan kesinambungan Pitch Perfect dengan Kay Cannon kembali menulis skrip.[34] Brooks akan menerbitkannya untuk Gold Circle Films bersama Banks dan Max Handelman. Cannon menerbitkan bersama Jeff Levine daripada Gold Circle. Kendrick, Astin, Wilson, Camp, Snow, Platt, DeVine, Dean, Knapp, Jakle, Regner, Walmsley, Banks, dan Higgins semuanya akan membawakan semula peranan mereka. Tambahan lagi, Hailee Steinfeld dan Chrissie Fit akan menyertai barisan pelakon sebagai Emily dan Flo, Barden Bellas yang baru, sementara Katey Sagal juga menyertai barisan pelakon sebagai ibu Emily dan bintang YouTube Jerman Flula Borg bakal muncul dalam peranan yang tidak diketahui.[35][36]

Telah diumumkan pada Januari 2014 bahawa kesinambungan filem itu akan ditayangkan pada 15 Mei 2015.[37] Pada 10 Jun 2015, perancangan untuk filem ketiga telah diumumkan secara rasmi, dengan Kay Cannon kembali menulis skrip.[38]

Pitch Perfect 3 (2017)

Rencana utama: Pitch Perfect 3

Pada 10 Jun 2015, filem ketiga telah diumumkan secara rasmi, dengan Kay Cannon kembali menulis skrip.[39] Filem ini yang dijadual akan ditayangkan pada 21 Julai 2017, sebelum ditukar ke 4 Ogos 2017, sebelum ditukar semula ke tarikh asal.[40] Akhirnya ia diumumkan akan ditayangkan pada 22 Disember 2017. Beberapa hari kemudian, ia telah diumumkan yang Kendrick dan Wilson akan membawakan semula peranan mereka, dan kemudian Brittany Snow juga diumumkan akan kembali menjayakan filem ini.[41] Hailee Steinfeld juga akan membawakan kembali peranannya.[42] Pada 18 Oktober 2016, Anna Camp juga diumumkan akan kembali. Pada 2 Januari 2017, Ester Dean dan Chrissie Fit mengesahkan mereka akan ke Atlanta untuk menjayakan filem itu, membawakan semula peranan mereka.[43] Banks juga akan kembali mengarah, dan juga sebagai penerbit bersama Max Handelman dan Paul Brooks.[44] Banks kemudiannya mengumumkan yang beliau tidak akan mengarahkan filem tersebut berikutan komitmennya pada kerjanya serta tanggungjawab keibubapaan, tetapi kekal sebagai penerbit.[45]

Rujukan

WikiPedia: Pitch Perfect http://7online.com/entertainment/its-a-three-peat-... http://www.allaccess.com/top40-mainstream/future-r... http://www.billboard.com/articles/columns/pop-shop... http://boxofficemojo.com/movies/?id=pitchperfect.h... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=pitchperfe... http://www.boxofficemojo.com/movies/?page=daily&id... http://www.boxofficemojo.com/news/?id=3541&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/weekend/chart/?yr=201... http://www.cinemareview.com/production.asp?prodid=... http://www.cnn.com/2014/09/15/us/miss-america-winn...